Wednesday, November 5, 2008

PENUBUHAN W&S RESOURCES

W&S Resources telah berjaya didaftarkan dengan SSM pada 23 oktober 2008.
Syarikat ini beroperasi di Kajang dan didaftarkan dua cawangannya iaitu sebuah di segamat,Johor dan sebuah lagi di Kuala Kangsar, Perak.

Tujuan penubuhannya adalah untuk mengembangkan dan memudahkan lagi perjalanan bisnes penternakan cacing kompos yang telah dimulakan dari bulan Mei 2008.

Sepanjang menjalankan projek ternak cacing kompos secara kecil-kecilan, saya selaku penternak telah mula berjinak-jinak menjadi pembekal induk cacing kepada beberapa tempat di semenanjung. Penubuhan syarikat juga bertujuan untuk menambahkan lagi keyakinan pembeli terhadap bisnes kami ini.

W&S Resources mampu membekalkan induk cacing pelbagai jenis kepada bakal penternak di seluruh Malaysia. Kepada penternak-penternak sedia ada, mereka juga boleh mendapatkan induk cacing dengan harga yang berpatutan daripada kami untuk menambah stok mereka yang sedia ada.

harga yang ditawarkan oleh pihak kami adalah amat berpatutan dan boleh dibawa berbincang mengikut kuantiti yang diambil dan lokasi penghantaran.
berikut adalah harga induk cacing yang kami tawarkan untuk semua pembeli:
1) Lumbricus Rubellus(cacing merah) : rm250/kg
2)Esenia Fetida(cacing harimau) : Rm250/kg
3)Blue Worm : rm 300/kg
4)Night Crawler : rm350/kg


*Senarai harga tersebut adalah untuk pembelian 10kg ke bawah.Sekiranya pembeli menempah 11kg keatas, harga akan dikurangkan sehingga boleh mencecah paras setengah dari harga tersebut.

Oleh itu, amat disarankan kepada pembeli untuk berkongsi bersama rakan-rakan bagi mendapatkan harga belian yang lebih rendah.

Segala permasalahan dantempahan, boleh hubungi saya di talian 012-6813526(wan).

No comments: